Cikgu Norzlina

Tuesday, 18 October 2011

Kuiz Tatabahsa :)


  1. ___________ nama guru darjah 6 Merah?
    1.   Siapakah
    2.   Apakah
    3.   Mengapakah
    4.   Dimanakah
  2. ______________ harga buku rujukan sains ini?
    1.   Bilakah
    2.   Berapakah
    3.   Dimanakah
    4.   Berapakah
  3. 'Puan Noraini guru kelas saya, _________ sangat baik hati dan sering membantu kami dalam pelajran," kata Azira kepada rakannya.
    1.   Dia
    2.   Beliau
    3.   Mereka
    4.   Saya
  4. ______________menjahit baju kebaya ini?
    1.   Bagaimanakah
    2.   Bilakah
    3.   Siapakah
    4.   Dimanakah
  5. Ibu menggoreng ikan ________ menunggu nasi yang ditanaknya masak
    1.   lalu
    2.   sementara
    3.   supaya
    4.   selain
  6. Kakak ____________kawannya sejambak bunga ros merah.
    1.   dihadiahi
    2.   menghadiahi
    3.   menghadiahkan
    4.   menghadiah
  7. Pihak polis telah dapat mengesan tempat ___________penjenayah itu.
    1.   menyembunyi
    2.   disembunyi
    3.   persembunyi
    4.   tersembunyi
  8. Encik Faizal ___________sesuatu di dalam dairinya.
    1.   tercatat
    2.   dicatatkan
    3.   mencatatkan
    4.   catatan.
  9. Rakyat Malaysia bebas mengamalkan __________agama sendiri.
    1.   kepercayaan
    2.   mempercayai
    3.   dipercayai
    4.   berkepercayaan
  10. Majalah hiburan itu ______ tiga ratus muka surat.
    1.   terkandung
    2.   mengandung
    3.   kandungan
    4.   mengandungi
  11. Rumah yang _______ dengan sungai itu telah roboh ditiup angin.
    1.   mendekatkan
    2.   berdekatan
    3.   terdekat
    4.   mendekati
  12. Ibu bapa banyak ________ untuk anak-anak.
    1.   berkorban
    2.   mengkorbankan
    3.   pengkorbanan
    4.   terkorban
  13. ___________________pelajar baru ke Tingkatan 1 telah bertambah pada tahun ini.
    1.   Diambil
    2.   Pengambilan
    3.   Mengambil
    4.   Terambil
  14. Galeri sejarah itu ____________ lebih seratus lima puluh jenis barangan purba.
    1.   ditempatkan
    2.   menempatkan
    3.   bertempat
    4.   tempatan
  15. Abang minum ___________air sebelum masuk tidur.
    1.   setitik
    2.   sesuap
    3.   seteguk
    4.   setong
  16. Kita perlu bersenam setiap hari _______ badan kita sihat.
    1.   kerana
    2.   untuk
    3.   supaya
    4.   serta
  17. Ghazali _____________setelah berlari 100 meter jauhnya.
    1.   terputus-putus
    2.   tercangap-cangup
    3.   terhenti-henti
    4.   terkial-kial
  18. Setiap pagi, Fazrul akan memberi lobak ______ arnab kesayangannya.
    1.   kepada
    2.   dari
    3.   pada
    4.   daripada
  19. Andy tenang menunggu___________nya dimakan oleh ikan di paya itu.
    1.   kail
    2.   joran
    3.   umpan
    4.   perambut
  20. Ah Siong terpaksa berjalan_______keran kaki kirinya patah.
    1.   menongkatkan
    2.   menongkat
    3.   bertongkat
    4.   tertongkat

No comments:

Post a Comment