Cikgu Norzlina

Monday, 7 November 2011

Anak Itik dengan Burung Belatuk

 Ada seekor anak itik. Namanya Uning.

      Pada suatu hari, Uning pergi bersiar-siar. Uning bertemu dengan seekor burung belatuk.

  Burung belatuk itu sangat cantik. Burung belatuk boleh terbang ke sana sini.

      Uning pulang bertemu ibunya.

Uning berkata kepada ibunya, "Wahai ibu, mengapakah saya tidak boleh terbang seperti belatuk? Alangkah baiknya, jikalau saya dapat menjadi burung!"

      Ibunya pun berkata, "Wahai anakku, setiap perkara yang dijadikan oleh Tuhan ada kelebihan masing-masing!"


      Selepas itu, Uning diajak oleh ibunya pergi ke kolam. Uning berenang bersama-sama dengan ibunya.

      "Wahai anakku, dapatkah burung belatuk itu berenang seperti kita?" tanya ibunya.

"Tidak! Burung belatuk tidak dapat berenang," jawab Uning.

      Ibunya pun berkata, "Kalau kamu menjadi burung belatuk, kamu tidak akan dapat berenang."

"Tidak! Burung belatuk tidak dapat berenang," jawab Uning.

      Ibunya pun berkata, "Kalau kamu menjadi burung belatuk, kamu tidak akan dapat berenang."

"Ya, mujurlah saya tidak jadi burung belatuk!" kata Uning lagi.

      Uning sangat gembira. Uning boleh berenang. Uning dapat bermain-main di dalam kolam.

NILAI MURNI :
  Sesungguhnya, setiap makhluk ciptaan Tuhan mempunyai keistimewaan masing-masing. Kita mestilah bersyukur dengan apa yang kita ada.

No comments:

Post a Comment