Singkat tangan
Kedekut / lokek.
Contoh: Hulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan dan jangan pula kita singkat tangan.
Suntuk akal
Tidak luas fikiran / pengetahuan.
Contoh: Saya tidak sanggup menerima jawatan itu kerana saya masih suntuk akal lagi.
Tabah hati
Cekal / kuat semangat.
Contoh: Tabahkan hati menempuh gelombang hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.
Tahan hati
Cekal.
Contoh: Negara kita memerlukan pemuda yang tahan hati dan tahan lasak sebagai pewaris negara.
Tahan lasak
Kuat dan cekap.
Contoh: Kalau tidak tahan lasak jangan cuba mendaki gunung itu.
Tahi judi
Orang yang selalu berjudi.
Contoh: Mak Minah tidak terima pemuda tahi judi menjadi menantunya.
Tahi lalat
Bintik / tanda hitam pada kulit manusia.
Contoh: Tahi lalat di atas bibir Latifah Omar menjadi daya penarik sebagai bintang filem enam puluhan.
Tahi minyak
Cerewet / banyak kerenah.
Contoh: Susah untuk memujuk Pak Itam supaya menerima cadangan itu kerana dia memang tahi minyak.
Tajam akal
Cepat memahami sesuatu.
Contoh: Tentulah senang berbincang dengan orang tajam akal kerana tidak berlaku salah faham.
Tajam hati
Fikiran pintar.
Contoh: Amalan rajin membaca tentulah akan menjadikan kita tajam hati.
Tak kering gusi
Selalu ketawa.
Contoh: Lawak Jamali Sadat membuat penonton tak kering gusi.
Tali arus
Banyak sekali tidak putus-putus (orang lalu-lalang).
Contoh: Pada musim perayaan, kenderaan bertali arus menggunakan jalan raya ini.
Tali barut
Barua / orang yang menjadi suruhan pihak tertentu dalam usaha mendapatkan rahsia.
Contoh: Dalam filem 'Sarjan Hassan', Salleh Kamil berlakon sebagai watak tali barut tentera Jepun.
Tanda mata
Hadiah menjadi kenangan.
Contoh: Setiap pelancong yang datang ke mari akan membeli barang-barang buatan Malaysia sebagai tanda mata.
Tangan terbuka
Sukacita menerima sesuatu.
Contoh: "Saya sedia menerima dengan tangan terbuka," kata Ramasami.
Tangkai hati
Orang yang disayangi.
Contoh: Encik Lim Ah Chang membeli sebentuk cincin untuk tangkai hatinya.
Tangkai jering
Kedekut / pelokek
Contoh: Tidak usahlah meminta apa-apa derma daripada hartawan itu kerana dia memang tangkai jering.
Tangkap buta
Menangkap orang tanpa soal siasat.
Contoh: Polis tidak pernah tangkap buta jika tidak ada bukti.
Tangkap muat
Bertindak / melakukan sesuatu tanpa teliti terlebih dahulu.
Contoh: "Awak jangan tangkap muat begitu sahaja kalau tidak ada bukti," kata Dollah.
Tarik diri
Tidak menyertai.
Contoh: Encik Kassim tarik diri dalam pertandingan merebut jawatan pengerusi dalam persatuan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment